Taip idea anda dalam Claude Code. AyatMotion tulis skrip, jana suara Melayu, animasikan, semak kualiti, lalu hasilkan MP4 siap upload. Tak perlu After Effects, tak perlu timeline.
Setiap klip dijana terus oleh enjin AyatMotion. Arahkan kursor (atau tatal di telefon) untuk lihat gerakannya. Pilih kategori untuk tapis.
Buka After Effects terus pening, tak tahu mula dari mana.
Dah tonton tutorial berjam-jam, video masih tak siap.
ExplainerShorts faktaTugasanKena upload kerap, tapi edit makan masa berjam-jam.
Minta AI buat animasi, hasilnya kaku macam slaid.
Reels & TikTokKinetik tipografiYouTube 16:9Upah editor setiap kali ada promosi memang berat di kos.
Jualan mengejut, video promo kena siap hari yang sama.
Jualan kilatIklan produkTestimoniUrutan dikunci supaya hasil AI tak lari: konsep dahulu, skrip, suara, baru animasi. Klik setiap tahap.
Setiap adegan dilihat dan disemak: teks terpotong, bertindih, kontras rendah, adegan kosong. Dibaiki sebelum anda nampak.
Dua suara semula jadi (Yasmin dan Osman) tanpa kunci API. Tempoh adegan diselaraskan dengan suara secara automatik.
Lima mood: ceria, tenang, tegang, gamelan dan lofi. Tiada langganan muzik, tiada tuntutan hak cipta.
Pop, whoosh, ding, impact, boing, kaching dan lagi. Dijana dalam komputer anda.
Tajuk, senarai, langkah, angka besar, sebelum/selepas, petikan dan CTA. Tukar gaya dengan satu ayat.
MP4 (bunyi diseragamkan), thumbnail, versi ringan WhatsApp, plus tajuk, kapsyen dan hashtag.
Sebelum beli, pastikan anda faham apa yang disertakan dan apa yang tidak.
| Edit manual | Prompt AI biasa | AyatMotion | |
|---|---|---|---|
| Masa setiap video | 4–8 jam | Laju, kerap gagal | ± 15–30 minit |
| Perlu belajar software | Berminggu-minggu | Tidak | Tidak |
| Gerakan kemas dan konsisten | Ya | Kaku macam slaid | Ya |
| Suara, muzik & SFX selari | Manual | Jarang | Automatik |
| Semakan kualiti | Manual | Tiada | QA terbina |
| Kos | Langganan bulanan | Berbeza-beza | Bayar sekali |
Tiada langganan AyatMotion. Kemas kini skill akan datang percuma.
Koleksi prompt tambahan untuk iklan PKS, video perayaan dan kandungan TikTok, serta contoh spec.json yang boleh disunting terus.
Disertakan dalam fail muat turun selepas pembayaran disahkan.
Komputer dengan Claude Code (akaun Claude yang aktif), Node.js, FFmpeg dan Python. Panduan PDF menerangkan pemasangan langkah demi langkah.
Tidak. Anda taip idea dalam bahasa biasa, jawab beberapa soalan ringkas dan pilih konsep yang anda suka.
Tidak. AyatMotion menghasilkan video animasi grafik (teks, ikon, nombor, bentuk). Ia bukan alat suntingan klip kamera.
Selepas pembayaran disahkan, anda dibawa ke halaman muat turun dan pautan turut dihantar ke emel anda.
Ya, dua suara Melayu disediakan tanpa kunci API. Ia memerlukan sambungan internet semasa suara dijana.
Boleh. Muzik dan kesan bunyi dijana dalam komputer anda dan fon ialah Google Fonts (OFL).
Biasanya 10–30 minit termasuk soal jawab, bergantung pada panjang video dan berapa kali anda minta ubah.
Ini produk digital yang dimuat turun terus, jadi bayaran balik tidak ditawarkan selepas muat turun. Jika ada masalah pemasangan, hubungi kami dan kami akan bantu.
Jimat masa dan kos upah editor. RM69, sekali bayar.